Wednesday, September 24, 2014

PERPADUAN DAN KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR  YANG  MEMBAWA  KEPADA  PERPADUAN  DAN  KEMASYARAKATAN  DI  MALAYsia

*      Rakyat Malaysia yang berpegang teguh kepada konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak iaitu gagasan 1Malaysia.

*      Rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.

*       Kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat saling  mengambil berat antara satu sama lain
*      Media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.

*      Menanam semangat  perpaduan antara kaum sejak kecil lagi.

*      Mencegah sifat  yang  dapat menimbulkan perbalahan antara kaum  dan  agama.

*      Tidak meletakkan sebarang batasan untuk bergaul dengan sesebuah atau  sesuatu kaum dan agama.

*      Kerajaan sentiasa berusaha agar sikap bersatupadu wujud dalam diri rakyat Malaysia  walau dimana pun berada.


                                               
         
         Malaysia merupakan Negara yang sedang membangun bukan sahaja dari bidang pertanian , perindustrian , sukan dan lain-lain . Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai pelbagai kaum utama iaitu Malayu,Cina ,India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang pesat beserta dengan keadaan yang keistimewaan ini memboleh kan Negara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi  dengan Negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China termasuklah Negara jiran Singapura . Kejayaan Negara Malaysia mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan.
          Usaha Malaysia dalam menyepadukan masyarakat berbilang kaum tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep dan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia . Konsep  ini telah wujud semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya megutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan Negara tanpa mengira kaum dan agama , iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan dan agama. Dengan menghayati konsep ini, kebajikan setiap kaum dapat dijaga , malah dipenuhi . Misalnya, dari segi pendidikan , semua pelajar diberi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara automatic untuk melanjutkan pelajaran sekiranya mendapat keputusan cemerlang , yakni 9A+ dalam pepriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , tanpa mengira warna kulit atau status kaum.Dalam bidang kesihatan pula , kerajaan memperkenalkan Klinik 1Malaysia yang diwujudkan untuk membolehkan setiap warganegara Malaysia menikmati khidmat perubatan yang baik dengan kos bayaran yang rendah, serendah RM1.
           Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk menelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.Rakyat Malaysia disemai semangat kkekitaan, iaitu sebagai warganegara Malaysia, kita merupakan satu keluarga. Justeru, masyarakat yang berbilang kaum dinasihati supaya tidak mengkritik kaum dan agama yang lain. Jurang ekonomi atau jurang status kehidupan penduduk juga dikurangkan .





     KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM DI MALAYSIA

        Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakatan dan Negara keseluruhannyamelalui ideology Negara supaya tiap-tiap anggota masyarakatan dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan Negara.Sejak merdeka lagi,kerajaan
,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita .Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan, kemajuan Negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia adalah;


1.     Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di Negara kita seperti cina,melayu,india,kadazan dan sebagainya. Peribahasa “rambut sama hitam, hati lain lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai  warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat,barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama  dapat tercapai. Olehhal yangdemikian,sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,”bulat air kerana pembentung,bulat airkerana muafakat”
2.       Selain itu,dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi Negara.Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia , penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing        dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan.Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa”bersatu kita teguh ,bercerai kita roboh”.nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi Negara.











Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia






Sejarah     membuktikan     kejayaan-kejayaan    di     Malaysia    tercapai  hasil    daripada    perpaduan kaum

Perpaduan  1       
Rakyat Malaysia tidak seharusnya lipa bahawa semua bangsa di Negara ini telah menjadikan sebuah Negara Malaysia berdaulat seperti hari ini. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh para pejuang kemerdekaan Negara dan jangan kita lupa bahawa ia adalah hasil daripada perpaduan antara masyarakat melayu,cina serta india terdahulu dari tidak ada satu bangsa pun di Negara ini yang pun di Negara ini yang menyokong pejuang komunis.
Kita juga seharusnya lupa bahawa kejayaan ini ialah hasil perpaduan kita dengan etnik Sabah dan Sarawak .






Perarakan menyambut hari kemerdekaan 1997   



Perpaduan  2

                Bagi kestabilan politik,ekonomi,dan keharmonian masyarakat maka british telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika tanah melayu ingin mendapat kemerdekaan
a)Penubuhan jawatankuasa hubungan antara      kaum .(CLC)dan keanggotaannya terdiri;
                                                                                                                                      
1. umno-diketuai oleh dato onN  jaafar
2. MCA-diketuai oleh tun tan cheng lock
3. seorang wakil kaum india,ceylom,serani dan eropah
4. pengurusi ialah dato e.e.c thuraisingam da penasihat sir      Malcom mac donald


Cara-cara perpaduan kaum di Malaysia dapat di perkukuhkan dan dimantapkan

Perisytiharan Rukun Negara pada 31 ogos 1970 sebagai idelogi kebangsaan Negara adalah bertujuan agar fikiran,pendapata dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensetif yang boleh  mencetuskan keadaan yang tidak diingini . Antara cadangan yang memantapkan perpaduan kaum di Malaysia adalah:
a)    Penubuhan kelab Rukun Negara
       Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka,Yang Amat Berhormat Dato seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteripada ketika itu,telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah .Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysiaberkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara Di sekolah , maka  pengetahuan pemahaman ,penghayatan ,warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara kea rah semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuh.



b)        Program Permuafakatan Masyarakat
                  Program permuafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah seperti ceramah motivasi ,aktiviti kegamaan ,makan beradab,gotong–royong, majlis perkahwinan dan sebagainya



C)       Hari keluarga dan dan sukan rakyat

          Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan.Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta.Selain itu dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih saying kalangan seluruh warga masyarakat









d) sambutan bulan patriotisme dan kemerdekaan
       Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan Negara. Jawatankuasa sambutan peringatan sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan,Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar.Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni,tokoh-tokoh dan sejarawan. Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotic, pembacaan sajak , sketsa , pentomen, kibaran , “Jalur Gemilang” , hiasan bilik darjah dan asrama , pidato , forum , penulisan esei , derma darah, pameran , lukisan postertokoh Negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan . Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.


                              


                               Peristiwa 13 mei 1969

·         Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 mei 1969, terutama antara kaum cina dengan kaum melayu. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas pilihan raya 1969 di mana parti-parti pembangkang, terutama Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan.
·         DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan besar besaran pada 11 dan 12 mei 1969 yang sesetangahnya adalah tanpa izin daripada pihak polis.
·         UMNO turut mengadakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas  pilihanraya tersebut.
·         Perarakan ini diketuai oleh Dato Harun Idris, menteri besar Selangor.
·         Walaupun rusuhan hanya berlaku dikawasan yang terhad iaitu hanya dikawasan Kuala Lumpur dan dikawasan sekelilingnya sahaja, namun ia telah menyedarkan pemimpin pemimpin Negara untuk meneliti isu isu perpaduan dengan lebih serius.
·         Jumlah kematian dalam rusuhan tersebut ialah seramai 172-196 orang, orang yg cedera seramai 439 orang.


v Pendekatan menangani cabaran pembinaan perpaduan di Malaysia
1. Memberi galakan kepada penduduk berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain

-menempatkan penduduk di satu satu kawasan boleh menggalakkan pergaulan dan pertembungan yang lebih akrab. Beberapa kaedah di kenalpasti sebagai langkah langkah membolehkan rakyat Negara supaya berpindah dari penempatab masing masing:

a. penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri d Malaysia.
B. mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat ini.
C. dalam bidang keselamatan, keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan tentera dan polis wilayah wilayah tertentu dengan membawa masuk pasukan keselamatan dari wilayah lain

2.Penyeragaman Sistem Pendidikan (melalui dasar-dasar pelajaran)
-Semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu , Undang-undang Pelajaran 1952, Penyata Razak , Penyata Rahman Talib , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung dengan pendidikan yang berperanan untuk memupuk perpaduan.

3.Peranan Media Massa
-Alat-alat media massa pada waktu itu seperti Radio dan televisyen Malaysia (RTM) dan akbar digunakan untuk pembinaan bangsa.
-Media massa penting dalam memastikan tiada lagi penguasaan media massa asing , terutama dari Negara China dan India yang menyebarkan fahaman , ideology dan senario politik di Negara itu.

4.Integrasi Ekonomi
-Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru , Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain .

5.Penyatuan Fahaman Politik
-Sistem kerajaan campuran merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik antara kaum
-Sistem ini menggambil kira juga parti-parti yang terdapat di Sabah dan Sarawak.
-Sistem Barisan Nasional muncul, keanggotaan parti komponen semakin bertambah.

6.Aspek-Aspek Sosial
-Pengenalan dan penerangan dasar sosial Rukun Negara , Dasar Belia Negara , Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain
Langkah-langkah yang diambil akibat rusuhan kaum 13 mei 1969

v  Pengisytiharan darurat
v Penubuhan Majlis gerakan Negara (MAGERAN)
v  Penubuhan jabatan perpaduan Negara (JPN)
v Penubuhan majlis  muhibah Negara (MMN)
v  Penubuhan majlis perundangan Negara (MAPEN)


Kesimpulan peristiwa 13 mei 1969

Kewujudan masyarakat majmuk d Malaysia merupan 1 anugerah dari tuhan yang mempunyai hikmah di sebaliknya. Oleh itu, kepelbagaian yang dimiliki kini perlu dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini diantara satu sama lain bagi membentuk sesebuah perpaduan








KONSEP 1MALAYSIA YANG MEMBAWA PERPADUAN KAUM DAN KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA





           1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyatMalaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnyamenjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepadapendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjaminkestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dannegara Malaysia.
                    Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantumemastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalamsanubari rakyatPengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara majusepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialahsebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nyabersatu padu.Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasiyang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dandiganti dengan satu identiti nasional yang sama.Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip PerlembagaanPersekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnyasebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di manasesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersamadalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. dandiamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawamaksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akandipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang beradapada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukanPerlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akantetap dilaksanakan.1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan baginegara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikappenerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduandicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.•
                     Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapaistatus Negara Maju menjelang tahun 2020.
                                1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menujukecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkansemula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.• 

SEKIAN TERIMA KASIH,






NAMA AHLI KUMPULAN YANG MENYIAPKAN BLOG INI ADALAH;

1.JAIREY BIN ABDUL HASHIM                                   07DKM14F1029
2.ARMAN BIN ABDUL MUHAMMAD                           07DKM14F1023
3.MOHD HISYAM BIN NYOMPA                                 07DKM14F10
4.MOHD FATIHA BIN ABAS                                        07DKM14F1077

1 comment:

  1. No Deposit Bonus - ①️ Casino Sites 2021
    ➤ ①️ Casino 메리트카지노총판 Sites ➤ ①️ Mobile Gambling ✓ Play All Your Favorite Slots ✓ 카지노 No Download ✓ Desktop Games ✓ Desktop & 온카지노 Mobile ✓ All

    ReplyDelete