FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMBAWA KEPADA PERPADUAN
DAN KEMASYARAKATAN DI
MALAYsia
Rakyat Malaysia yang
berpegang teguh kepada konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Abdul Razak iaitu gagasan 1Malaysia.
Rakyat diseru supaya
sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan
faham.
Kerajaan juga mengambil inisiatif yang
proaktif dengan menggalakkan rakyat saling
mengambil berat antara satu sama lain
Media massa juga memainkan
peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
Menanam semangat perpaduan antara kaum sejak kecil lagi.
Mencegah sifat yang
dapat menimbulkan perbalahan antara kaum
dan agama.
Tidak meletakkan sebarang
batasan untuk bergaul dengan sesebuah atau
sesuatu kaum dan agama.
Kerajaan sentiasa berusaha
agar sikap bersatupadu wujud dalam diri rakyat Malaysia walau dimana pun berada.
Malaysia merupakan Negara yang sedang
membangun bukan sahaja dari bidang pertanian , perindustrian , sukan dan
lain-lain . Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana
mempunyai pelbagai kaum utama iaitu Malayu,Cina ,India dan sebagainya.
Perkembangan Negara yang pesat beserta dengan keadaan yang keistimewaan ini memboleh
kan Negara Malaysia duduk sama rendah
berdiri sama tinggi dengan
Negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China
termasuklah Negara jiran Singapura . Kejayaan Negara Malaysia mengekalkan
perpaduan masyarakat yang berbilang kaum sejak merdeka hingga kini amat
mengagumkan.
Usaha Malaysia dalam menyepadukan
masyarakat berbilang kaum tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep
dan gagasan 1Malaysia yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia . Konsep ini telah wujud semasa Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.Gagasan
1Malaysia ini secara jelasnya megutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam
perkongsian kekayaan dan kemajuan Negara tanpa mengira kaum dan agama , iaitu
usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang
menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan
dan agama. Dengan menghayati konsep ini, kebajikan setiap kaum dapat dijaga , malah
dipenuhi . Misalnya, dari segi pendidikan , semua pelajar diberi biasiswa
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara automatic untuk melanjutkan pelajaran
sekiranya mendapat keputusan cemerlang , yakni 9A+ dalam pepriksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) , tanpa mengira warna kulit atau status kaum.Dalam
bidang kesihatan pula , kerajaan memperkenalkan Klinik 1Malaysia yang
diwujudkan untuk membolehkan setiap warganegara Malaysia menikmati khidmat
perubatan yang baik dengan kos bayaran yang rendah, serendah RM1.
Selain itu, rakyat diseru supaya
sentiasa bertolak ansur untuk menelakkan pertelingkahan dan perselisihan
faham.Rakyat Malaysia disemai semangat kkekitaan, iaitu sebagai warganegara
Malaysia, kita merupakan satu keluarga. Justeru, masyarakat yang berbilang kaum
dinasihati supaya tidak mengkritik kaum dan agama yang lain. Jurang ekonomi
atau jurang status kehidupan penduduk juga dikurangkan .
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM DI
MALAYSIA
Perpaduan
ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakatan dan Negara
keseluruhannyamelalui ideology Negara supaya tiap-tiap anggota masyarakatan
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
bersama di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu
kestabilan & kemajuan Negara.Sejak merdeka lagi,kerajaan
,kerajaan
telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita .Pelbagai dasar
telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan, kemajuan
Negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020tidak mungkin akan menjadi
kenyataan kerana kerjasama
diperlukan untuk menjana kemajuan.Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia
adalah;
1. Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia
ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita
sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di Negara kita
seperti cina,melayu,india,kadazan dan sebagainya. Peribahasa “rambut sama
hitam, hati lain lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan
keinginan manusia adalah berbeza. Dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat,barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Olehhal yangdemikian,sebagai
rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,”bulat air kerana
pembentung,bulat airkerana muafakat”
2. Selain itu,dengan mengamalkan perpaduan
kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi Negara.Apabila perpaduan kaum diamalkan
oleh rakyat Malaysia , penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum
akan bersaing dengan adil tanpa
sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.Contohnya, persaingan yang
berlaku dalam dunia perniagaan.Bukan itu sahaja, apabila
rakyat mengamalkan peribahasa”bersatu kita teguh ,bercerai kita roboh”.nescaya
rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi Negara.
Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia
Sejarah membuktikan kejayaan-kejayaan di
Malaysia tercapai hasil
daripada perpaduan kaum
Perpaduan 1
Rakyat
Malaysia tidak seharusnya lipa bahawa semua bangsa di Negara ini telah
menjadikan sebuah Negara Malaysia berdaulat seperti hari ini. Banyak perkara
yang boleh dipelajari daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh para pejuang
kemerdekaan Negara dan jangan kita lupa bahawa ia adalah hasil daripada
perpaduan antara masyarakat melayu,cina serta india terdahulu dari tidak ada
satu bangsa pun di Negara ini yang pun di Negara ini yang menyokong pejuang
komunis.
Kita
juga seharusnya lupa bahawa kejayaan ini ialah hasil perpaduan kita dengan
etnik Sabah dan Sarawak .
Perarakan menyambut hari kemerdekaan 1997
Perpaduan 2
Bagi kestabilan
politik,ekonomi,dan keharmonian masyarakat maka british telah memberi syarat
supaya kerjasama kaum diadakan jika tanah melayu ingin mendapat kemerdekaan
a)Penubuhan
jawatankuasa hubungan antara kaum
.(CLC)dan keanggotaannya terdiri;
1. umno-diketuai oleh dato onN jaafar
2. MCA-diketuai oleh tun tan cheng lock
3. seorang wakil kaum india,ceylom,serani dan
eropah
4. pengurusi ialah
dato e.e.c thuraisingam da penasihat sir Malcom mac donald
Cara-cara perpaduan kaum di Malaysia
dapat di perkukuhkan dan dimantapkan
Perisytiharan
Rukun Negara pada 31 ogos 1970 sebagai idelogi kebangsaan Negara adalah
bertujuan agar fikiran,pendapata dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat
dipersatukan secara pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu
sensetif yang boleh mencetuskan keadaan
yang tidak diingini . Antara cadangan yang memantapkan perpaduan kaum di
Malaysia adalah:
a)
Penubuhan kelab Rukun Negara
Semasa
merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka,Yang
Amat Berhormat Dato seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana
Menteripada ketika itu,telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan
di sekolah .Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat
Pekeliling ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysiaberkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara Di sekolah , maka pengetahuan pemahaman ,penghayatan ,warga
sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara kea
rah semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuh.
b) Program Permuafakatan Masyarakat
Program permuafakatan antara
masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah seperti
ceramah motivasi ,aktiviti kegamaan ,makan beradab,gotong–royong, majlis
perkahwinan dan sebagainya
C) Hari keluarga dan dan sukan rakyat
Program yang melibatkan seluruh ahli
masyarakat boleh diadakan.Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua
peserta.Selain itu dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas,
program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih
saying kalangan seluruh warga masyarakat
d)
sambutan bulan patriotisme dan kemerdekaan
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai
program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan Negara. Jawatankuasa sambutan
peringatan sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit
Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan,Persatuan Sejarah dan
Persatuan-persatuan pelajar.Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG,
Alumni,tokoh-tokoh dan sejarawan. Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan
dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah
kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotic, pembacaan sajak , sketsa ,
pentomen, kibaran , “Jalur Gemilang” , hiasan bilik darjah dan asrama , pidato
, forum , penulisan esei , derma darah, pameran , lukisan postertokoh Negara,
perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan . Pelajar juga
terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat
daerah, negeri, dan kebangsaan.
Peristiwa
13 mei 1969
·
Rusuhan kaum telah berlaku
pada 13 mei 1969, terutama antara kaum cina dengan kaum melayu. Tragedi ini
berlaku sebaik sahaja selepas pilihan raya 1969 di mana parti-parti
pembangkang, terutama Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan gerakan mendapat
kemenangan yang memberangsangkan.
·
DAP dan gerakan telah
mengadakan perarakan besar besaran pada 11 dan 12 mei 1969 yang sesetangahnya
adalah tanpa izin daripada pihak polis.
·
UMNO turut mengadakan atas
kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas
pilihanraya tersebut.
·
Perarakan ini diketuai oleh
Dato Harun Idris, menteri besar Selangor.
·
Walaupun rusuhan hanya
berlaku dikawasan yang terhad iaitu hanya dikawasan Kuala Lumpur dan dikawasan
sekelilingnya sahaja, namun ia telah menyedarkan pemimpin pemimpin Negara untuk
meneliti isu isu perpaduan dengan lebih serius.
·
Jumlah kematian dalam
rusuhan tersebut ialah seramai 172-196 orang, orang yg cedera seramai 439 orang.
v Pendekatan menangani
cabaran pembinaan perpaduan di Malaysia
1. Memberi galakan kepada penduduk
berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain
-menempatkan
penduduk di satu satu kawasan boleh menggalakkan pergaulan dan pertembungan
yang lebih akrab. Beberapa kaedah di kenalpasti sebagai langkah langkah
membolehkan rakyat Negara supaya berpindah dari penempatab masing masing:
a. penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri d Malaysia.
B.
mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat ini.
C. dalam bidang keselamatan, keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan tentera dan polis wilayah wilayah tertentu dengan membawa masuk pasukan keselamatan dari wilayah lain
C. dalam bidang keselamatan, keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan tentera dan polis wilayah wilayah tertentu dengan membawa masuk pasukan keselamatan dari wilayah lain
2.Penyeragaman Sistem Pendidikan (melalui dasar-dasar
pelajaran)
-Semua
dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu , Undang-undang
Pelajaran 1952, Penyata Razak , Penyata Rahman Talib , Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung dengan pendidikan yang berperanan
untuk memupuk perpaduan.
3.Peranan Media Massa
-Alat-alat
media massa pada waktu itu seperti Radio dan televisyen Malaysia (RTM) dan
akbar digunakan untuk pembinaan bangsa.
-Media
massa penting dalam memastikan tiada lagi penguasaan media massa asing ,
terutama dari Negara China dan India yang menyebarkan fahaman , ideology dan
senario politik di Negara itu.
4.Integrasi Ekonomi
-Usaha
ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan
Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru , Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain .
5.Penyatuan Fahaman Politik
-Sistem
kerajaan campuran merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik
antara kaum
-Sistem
ini menggambil kira juga parti-parti yang terdapat di Sabah dan Sarawak.
-Sistem
Barisan Nasional muncul, keanggotaan parti komponen semakin bertambah.
6.Aspek-Aspek Sosial
-Pengenalan
dan penerangan dasar sosial Rukun Negara , Dasar Belia Negara , Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan lain-lain
Langkah-langkah yang diambil akibat rusuhan kaum 13 mei 1969
v Pengisytiharan
darurat
v Penubuhan
Majlis gerakan Negara (MAGERAN)
v Penubuhan
jabatan perpaduan Negara (JPN)
v Penubuhan
majlis muhibah Negara (MMN)
v Penubuhan
majlis perundangan Negara (MAPEN)
Kesimpulan
peristiwa 13 mei 1969
Kewujudan
masyarakat majmuk d Malaysia merupan 1 anugerah dari tuhan yang mempunyai
hikmah di sebaliknya. Oleh itu, kepelbagaian yang dimiliki kini perlu
dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini diantara satu sama lain
bagi membentuk sesebuah perpaduan
KONSEP 1MALAYSIA YANG MEMBAWA PERPADUAN KAUM DAN KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyatMalaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnyamenjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepadapendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjaminkestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dannegara Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantumemastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalamsanubari rakyatPengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara majusepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialahsebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nyabersatu padu.Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasiyang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dandiganti dengan satu identiti nasional yang sama.Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip PerlembagaanPersekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnyasebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di manasesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersamadalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. dandiamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawamaksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akandipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang beradapada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukanPerlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akantetap dilaksanakan.1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan baginegara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikappenerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduandicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.•
Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapaistatus Negara Maju menjelang tahun 2020.•
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menujukecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkansemula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.•
SEKIAN TERIMA KASIH,
NAMA AHLI KUMPULAN YANG MENYIAPKAN BLOG INI ADALAH;
SEKIAN TERIMA KASIH,
NAMA AHLI KUMPULAN YANG MENYIAPKAN BLOG INI ADALAH;
1.JAIREY BIN ABDUL HASHIM 07DKM14F1029
2.ARMAN BIN ABDUL MUHAMMAD 07DKM14F1023
3.MOHD HISYAM BIN NYOMPA 07DKM14F10
4.MOHD FATIHA BIN ABAS 07DKM14F1077
2.ARMAN BIN ABDUL MUHAMMAD 07DKM14F1023
3.MOHD HISYAM BIN NYOMPA 07DKM14F10
4.MOHD FATIHA BIN ABAS 07DKM14F1077